Hujan batu di Malaysia Hujan_batu

Sungai Buloh, Selangor

Pada 24 Februari 2007 hujan batu berlaku di Sungai Buloh dan Damansara, Selangor. Saiznya sebesar duit syiling 20 sen selama 15 minit. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan hujan batu itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan.Ia berlaku akibat ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi.Ia bukan berpunca daripada perubahan mendadak cuaca persekitaran.[24]

Jerantut, Pahang

Pada hari Isnin, 28 September 2009, hujan batu sebesar sebiji cawan berlaku di Jerantut, Pahang, Malaysia. Hujan pada jam 7 malam itu menyebabkan bahyak bumbung zink berlubang-lubang, pokok dan tiang elektrik tumbang. Biasanya hujan batu tidak lebih sebesar duit syiling 50 sen. Hujan batu biasa terjadi di kawasan salji.

Jabatan Meteorologi Pahang mengaitkan hujan batu dengan Taufan Katrena di Filipina dan Vietnam.Ekor taufan Katrena bertembung dengan aktiviti awan Kumulonimbus yang membawa hujan dan ribut petir pada ketinggian 6,000 dan 9,000 meter dari paras bumi. Kemudian ia menyebabkan air bertukar menjadi ais dengan saiz ketulan yang besar di atmosfera dan tidak sempat mencair apabila memasuki ruang udara. Ribut pertir berlaku di Jerantut, Bera, Maran dan Rompin. Tetapi hanya Jerantut menerima hujan air batu.[25]

Rujukan

WikiPedia: Hujan_batu http://www.skybrary.aero/bookshelf/books/163.pdf http://ec.gc.ca/meteo-weather/default.asp?lang=En&... http://amsglossary.allenpress.com/glossary/search?... http://amsglossary.allenpress.com/glossary/search?... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.hailtrends.com http://news.nationalgeographic.com/news/2003/08/08... http://wmo.asu.edu/world-heaviest-hailstone http://adsabs.harvard.edu/abs/1983JAtS...40.1965N http://adsabs.harvard.edu/abs/2000JApMe..39.1754G